Fun With Ict

18 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2018, telah diadakan Kelas Fun With ICT bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Pembelajaran kali ini adalah untuk adik-adik darjah 1 dan darjah 2. Pada kali ini konsep pembelajaran adalah berkonsepkan E-Learning. Adik-adik bersaing bersama rakan-rakan lain melalui Kahoot Games bagi matapelajaran matematik dan bahasa melayu. Selain itu, adik-adik juga bermain dengan typing speed test bagi menguji kepantasan adik-adik menaip. Manakala aktiviti sampingan pula, adik-adik berhibur dengan menyanyikan lagu kemerdekaan Malaysia. Semoga adik-adik sentiasa seronok dan berminat untuk menimba ilmu ICT di Pusat Ekonomi Digital .



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali